TENAGA

In Glogpedia

by dinamik1
Last updated 6 years ago

Discipline:
Science
Subject:
Energy & Environment

Toggle fullscreen Print glog
TENAGA

TENAGA

Apakah Tenaga ? 1.Ahli sains mendefinisikan tenaga sebagai kebolehan untuk melakukan kerja.2.Perkataan "kerja" mempunyai maksud yang berbeza dalam sains. Menurut ahli sains, kerja dilakukan apabila sesuatu objek bergerak pada jarak melintang atau menegak.

Bentuk-bentuk Tenaga-Tenaga wujud dalam bentuk yang berbeza. Antaranya : 1.Tenaga Haba 2.Tenaga Cahaya 3.Tenaga Kimia 4.Tenaga Elektrik 5.Tenaga Bunyi 6.Tenaga Kinetik 7.Tenaga Keupayaan 8.Tenaga Nuklear

Sumber-sumber Tenaga1.Matahari2.Bahan api fosil3.Biojisim4.Angin5.Api6.Ombak7.Geoterma8.Bahan radioaktif

Matahari Sebagai Sumber Tenaga

1.Tenaga dalam angin, ombak & hujan

2.Tenaga dalam bahan api fosil

3.Tenaga dalam haiwan, tumbuhan & manusia

4.Tenaga untuk mengendalikan peralatan

Prinsip Perubahan Tenaga1.Prinsip perubahan tenaga menyatakan yang berikut : i.Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan ii.Tenaga boleh diubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain2.Jumlah tenaga sebelum perubahan sama dengan jumlah tenaga selepas perubahan.

Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui & Yang Tidak Boleh Diperbaharui

Boleh Diperbaharui

Suria, hidro, angin, ombak, pasang surut air laut, biojisim, geoterma

Tidak Boleh Diperbaharui

Bahan api fosil, nuklear

Kegunaan Tenaga SuriaTenaga suria ialah sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan dapat digunakan secara berterusan. Tenaga suria adalah sangat berguna.a)Pemanas Suria b)Dapur Suriac)Sel Suria d)Panel Suria

Kepentingan Memulihara Sumber TenagaSumber tenaga semakin berkurangan dan memerlukan pemuliharaan. Pemuliharaan melibatkan penggunaan dan pengurusan sumber tenaga dengan cekap.

Memulihara & Menjimatkan TenagaKita menggunakan tenaga yang banyak setiap hari. Kita mesti memulihara dan menjimatkan tenaga supaya sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui tidak akan habis dengan cepat. Kita boleh menjimatkan tenaga melalui cara-cara yang berikut : a)Di rumah b)Dalam industri c)Pengangkutan


Comments

    There are no comments for this Glog.