Tenaga

In Glogpedia

by cita8
Last updated 4 years ago

Discipline:
Science
Subject:
Energy & Environment

Toggle fullscreen Print glog
Tenaga

Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Setiap hidupan memerlukan tenaga untuk melakukan kerja seperti bergerak, bernafas dan makan

DEFINASI

1. Tenaga kinetek 7. Tenaga bunyi2. Tenaga keupayaan 8. Tenaga nuklear 3. Tenaga haba 9. Tenaga kimia4. Tenaga cahaya5. Tenaga elektrik6. Tenaga mekanikal

BENTUK TENAGA

Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkanContohnya : Seorang murid yang menaiki tangga. Tenaga yang berubah ialah Tenaga kimia ke kinetik ke keupayaan

PERUBAHAN TENAGA

Tenaga kinetik adalah tenaga yang dimiliki oleh jasad yang bergerak. Contoh Guli yang bergerak, Kipas yang berputar, AnginKegunaan tenaga kinetik (angin) untuk mengubah gerakan / layar sesebuah kincir angin.

TENAGA KINETIK

Tenaga keupayaan adalah tenaga yang tersimpan didalam badan kerana kedudukannya atau keadaan fizikalnya. Bergantung kepada jisim, jarak dan tarikan graviti. Contoh objek (tarikan graviti ) buah kelapa yang tergantung diatas pokok.

TENAGA KEUPAYAAN

Tenaga haba adalah tenaga yang tersimpan didalam objek panas. Bergantung kepada suhu dan isipadu badan/jasad tersebut. Contoh tenaga haba : Api, matahari, air yang mendidih, pemanas elektrik, badan manusia dan haiwan. Kegunaannya untuk memanaskan air dan memasak makanan.

TENAGA HABA

Tenaga cahaya adalah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang memancarkan cahaya. Sumber tenaga cahaya : matahari, api, kilat dan lampu/ mentol. Kegunaannya membolehkan mata melihat dalam keadaan gelap/ menayangkan filem

TENAGA CAHAYA

Tenaga bunyi ialah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar. Udara yang bergetar membentuk gelombang bunyi. Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui udara, air dan pepejal. Contoh wisel, dram, tali biola, loceng.

TENAGA BUNYI

Tenaga kimia adalah tenaga yang tersimpan didalam bahan kimia dan ditukarkan kepada bentuk tenaga. Kegunaan tenaga kimia seperti kayu api / gas asli dibakar untuk memasak makanan. Bateri untuk menyalakan mentol lampu.

TENAGA KIMIA

Tenaga elektrik ialah tenaga yang dihasilkan oleh cas elektrik. Dibekalkan dalam bentuk kuasa elektrik ditukar kepada bentuk tenaga untuk melaksanakan kerja. Contoh Dinamo, bateri, sel solar. Kegunaan menyalakan lampu, kendalikan motor dan enjin.

TENAGA ELEKTRIK

Tenaga nuklear adalah tenaga yang tersimpan dalam nukleus atom. Dikenali juga sebagai tenaga atom. Contoh tindak balas : pembelahan nuklear iaitu atom besar dipecahkan kepada lebih kecil dan ringan. Kegunaan untuk menghasilkan senjata seperti bom atom.

TENAGA NUKLEAR

Tenaga mekanikal dihasilkan oleh sesuatu mesin atau objek berubah kedudukannya. Juga dikenali sebagai tenaga gerakan. Terdiri daripada tenaga kinetik dan keupayaan. Contoh: sebiji bola yang dilontar ke udara. Kegunaannya menunggang basikal, buaian,

TENAGA MEKANIKAL

TENAGA


Comments

    There are no comments for this Glog.