Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran

In Glogpedia

by BESTARI16
Last updated 4 years ago

Discipline:
Social Studies
Subject:
Politicians and Presidents
Grade:
4,5,6,7,8,9,10

Toggle fullscreen Print glog
Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran

Alat-alat kebesaran

Raja menggunakan "bahasa istana"seperti bersiram,bersantap dan lain-lain.Rakyat dilarang menggunakan bahasa ini.Segala perintah raja mesti dilaksanakan jika tidak mahu ditimpa tulah.Tugas utama pembesar jajahan ialah menjaga keamanan,mempertahankan kedaulatan negeri,menyerah sebahagian hasil dan cukai kepada kerajaan serat menyediakan tenaga kerja.

Struktur Pentadbiran Negeri-negeri Melayu

Pentadbiran di peringkat negeri diketuai oleh raja atau sultan.Baginda dibantu oleh kaum kerabat diraja serta pembesar.Kedaulatan dapat menjamin keamanan,kesetiaan dan sokongan rakyat terhadap pemerintahan baginda.Kedaulatan sultan diperkukuh dengan alat kebesaran.Misalnya,cap mohor diraja yang digunakan untuk mengesahkan arahan dan sebagai lambang surat rasmi kerajaan.

Cap Mohor

Warna kuning adalah warna diraja.disebabkan itu,kebanyakan hiasan akan diwarnakan dengan warna kuning.

Sistem Pemerintahan adalah cara pentadbiran dan pengurusan sesebuah kerajaan.Negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem pemerintahan beraja.Struktur pentadbiran negeri-negeri Melayu bermula dari peringkat kampung dan seterusnya.

Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran

Nobat ialah alat muzik diraja.Ia banyak dimainkan dalam upacara pertabalan raja,kemangkatan raja dan sebagainya.

Ketua kampung ditugaskan untuk memungut cukai,membekalkan tenaga tentera dan sebagainya.Golongan agama juga penting dalam pentadbiran kampung.Golongan agama adalah golongan cerdik pandai islam.Meraka menjadi penasihat sultan,kadi,mufti atau pembesar negeri.Di kampung,ahli agama menjadi imam,khatib,bilal dan juru nikah.ahli magis atau bomoh mahir dalam bidang perubatan.Mereka berkebolehan mengubati penyakit.


Comments

    There are no comments for this Glog.