PERBEZAAN BENTUK MUKA BUMI DI SWITZERLAN,PULAU JAWA DAN TONLE SAP

In Glogpedia

by jayas13
Last updated 4 years ago

Discipline:
Social Studies
Subject:
Geography
Grade:
1

Toggle fullscreen Print glog
PERBEZAAN BENTUK MUKA BUMI DI SWITZERLAN,PULAU JAWA DAN TONLE SAP

PERBEZAAN BENTUK MUKA BUMI SWITZERLAND,PULAU JAWA,THAILAND,TONLE SAP

TONLE SAP,KAMPUCHEA- Tasik Tonle Sap merupakan tasik utama di Kampuchea. Terletak di bahagian tengahKampuchea. Tasik ini merupakan tasik air tawar terbesar di rantau Asia Tenggara

Perbandingan Kepentingan Cerun Bukit Malaysia dengan Pulau JawaMalaysiaPertanian1) Penanaman di cerun bukit terhad kerana tidak mengalami masalah kekurangan tanah pamah.Teh sayur-sayuran dan bunga-bungaan ditanam di cerun-cerun bukit berteres di Tanah tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Kundasang.2) Pokok getah dan kelapa sawit ditanam di cerun bukit yang bersaliran baik.PULAU JAWAPertanian1) Penting dan meluas kerana kekurangan kawasan tanah pamah.2) Tanih lava bes gunung berapi yang subur di lereng-lereng bukit menggalakkan aktiviti pertanian di lereng bukit.3) padi sawah, kopi dan tanaman hortikultur dijalankan di kawasan cerun bukit berteres.

Perbandingan Kepentingan Tasik di Malaysia dengan tasik di KampucheaMALAYSIAPerikanan1) Kurang penting jika dibandingkan dengan tasik di Kampuchea. Ini kerana saiz tasik yang kecil.2) Hasil tangkapan untuk menambahkan pendapatn penduduk tempatanPelancongan1) Tasik Bera dan Tasik Chini merupakan tasik semulajadi. Tasik-tasik ini penting sebagai kawasan pelancongan.2) Pelancong dapat memancing ikan dan mengayuh bot TONLE SAP,KAMPUCHEAPerikanan1) Penting kerana saiz tasik adalah besar dan hasil tangkapan adalah banyak.2) Merupakan pekerjaan sambilan bagi keluarga petani.3) Hasil tangkapan menyumbang pendapatan yang besar kepada negara.Pelancongan1) Pelancong dapat menaiki kapal atau bot melalui Sungai Mekong untuk ke Tasik Tonle Sap

Perbandingan Kepentingan Tanah Tinggi di Switzerland dengan Tanah Tinggi di MalaysiaMalaysiaPelancongan1) Penting dan berpotensi dimajukan. Contoh kawasan tanah tinggi di Malaysia ialah Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron dan bukit fraser.2) Faktor tarikan utama:- suhu nyaman- udara segar- Pemandangan indah dan menghijauMeluncur Salji / Hoki Ais-Tidak dijalankan di MalaysiaTanaman Hawa Sederhana1) Dapat dijalankan di Malaysia kerana suhu adalah sekitar 18oC dan purata hujan tahunan melebihi 2000 mm.2) Contoh, tanah tinggi Cameron menghasilkan kira-kira 75 % daripada jumlah pengeluaran teh di Malaysia. Selain itu, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan juga ditanam di tanah tinggi Cameron.SWITZERLAND Pelancongan1) Sangat penting dan terkenal sebagai destinasi pelancongan. Contoh: Gunung Matterhorn, Puncak Eiger Monch, Jugfrau2) Faktor tarikan:- musim panas yang nyaman- musim sejuk bersalji- pemandangan bersalji yang indahMeluncur Salji / Hoki AisDijalankan di tanah tinggi Switzerland kerana permukaan yang bersaljiTanaman Hawa Sederhana1) Tidak dijalankan di Malaysia.

SWITZERLAND- Switzerland merupakan sebuah Negara yang bergunung-ganang. 75 peratus negara switzerland merangkumi pergunungan Alps.- Terletak di kawasan zon sederhana.

PULAU JAWA1. Kekurangan tanah pamah menyebabkan petani di Pulau Jawa bercucuk tanam dicerun bukit. 2. Lapisan tanih jenis lava bes di cerun bukit hasil daripada letusan gunung berapiamat subur untuk kegiatan pertanian. 3. Cerun-cerun ditereskan untuk kegiatan penanaman padi. 4. Cerun-cerun bukit yang ditereskan dapat mengatasi masalah hakisan tanah.


Comments

    There are no comments for this Glog.