Perbandingan Bentuk Muka Bumi

In Glogpedia

by dinamik27
Last updated 5 years ago

Discipline:
Social Studies
Subject:
Geography

Toggle fullscreen Print glog
Perbandingan Bentuk Muka Bumi

Pulau Jawa

Tonle Sap

Thailand

Perbandingan Bentuk Muka Bumi Di Switzerland,Pulau Jawa,Thailand Dan Tonle Sap,Kampuchea.

Kepentingan Tasik Tonle Sap, Kampuchea 1) Perikanan air tawarMerupakan kegiatan ekonomi yang terpenting di tasik Tonle Sap.Tonle Sap penting untuk kegiatan perikanan di Kampuchea. Tasik ini membekalkan lebih daripada 50% jumlah tangkapan ikan di KampucheaAktiviti perikanan dijalankan sepanjang tahun.ikan mudah ditangkap pada musim kemarau apabila air tasik surut sehingga 1.52 meter.ikan yang ditangkap adalah untuk pasaran tempatan dan dieksport.2) Pusat PelanconganPelancong dapat menaiki kapal atau bot melalui Sungai Mekong untuk ke Tasik Tonle Sap3) Kemudahan PengairanMembekalkan kemudahan pengairan kepada hampir 4.5 juta penduduk di Kampuchea.

-Kepentingan Sungai Di Thailand- Sungai utama di Thailand ialah sungai Menam Chao Phraya. Sungai ini mempunyai empat cawangan utama iaitu Me Ping, Me Wang dan Me Nam. Sungai ini digunakan sebagai jalan air yang penting di Thailand.Kepentingan :1) Pengangkutan· Menam Chao Phraya merupakan nadi lalu lintas Thailand. Ia dapat dimudiki kapal sejauh 400 km pada dari muaranya ke pedalaman pada musim hujan dan sejauh 200 km pada musim kemarau.· Menam Chao Phraya penting untuk mengangkut penumpang dan barangan pukal seperti kayu kayan, hasil pertanian dan hasil perlombongan.2) Pasar Apung· Dijalankan di Klong atau terusan sekitar bandar raya Bangkok.· Jaringan terusan atau klong menghubungkan cawangan-cawangan Menam Chao Phraya di deltanya. Jaringan terusan yang sangat maju di Bangkok dan memainkan peranan seperti jalan raya dikenali sebagai ” Venice Timur”.3) Pelancongan· Pasar Apung menjadi daya tarikan kepada pelancong4) Pengairan· Menam Chao Phraya membentuk dataran Mendap dan delta yang luas.· Tanih aluviumnya sangat subur untuk pelbagai jenis tanaman seperti padi, tembakau dan jut.5) Penjanaan Kuasa Hidroelektrik· Sungai Menam Chao Phraya diempang untuk penjanaan kuasa hidrolektrik.· Contoh: empangan Chainat dan Empangan Yan Hee.6) Menghubungkan kawasan pedalaman yang sukar dihubungi melalui jalan darat dengan bandar raya Bangkok di muara Sungai.

Kepentingan Cerun Bukit di Pulau Jawa, Indonesia 1. Kekurangan tanah pamah menyebabkan petani di Pulau Jawa bercucuk tanam dicerun bukit. 2. Lapisan tanih jenis lava bes di cerun bukit hasil daripada letusan gunung berapiamat subur untuk kegiatan pertanian. 3. Cerun-cerun ditereskan untuk kegiatan penanaman padi. 4. Cerun-cerun bukit yang ditereskan dapat mengatasi masalah hakisan tanah.

- Switzerland merupakan sebuah Negara yang bergunung-ganang. 75 peratus negara switzerland merangkumi pergunungan Alps.- Terletak di kawasan zon sederhana.1) Pelancongan· Kawasan pergunungan di Switzerland penting untuk industri pelancongan. Industri pelancongan menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 10 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.· Pemandangan pergunungan Alps yang indah khususnya pada musim panas menggalakkan perkembangan industri pelancongan.· Musim sejuk dengan suhu antara 0OC-5OC dan bersalji menjadi tarikan kepada pelancong· Contoh: Puncak Eiger Monch, Gunung Matterhorn dan Jungfrau2) Meluncur Salji· Permukaan bersalji menjadikan tanah tinggi di Switzerland sesuai untuk aktiviti meluncur salji dan hoki ais. Selain itu, aktiviti ini turut menarik dan diminati pelancong.3) Pertanian Pindah Ternak· Pada musim panas lembu meragut rumput di kawasan tanah tinggi. Pada musim sejuk pula, lembu diberi makan di dalam kandang.4) Mendaki Gunung· Aktiviti mendaki gunung di tanah tinggi di Switzerland dijalankan pada musim panas.

Switzerland


Comments

    There are no comments for this Glog.