Pendidikan Agama Islam

In Glogpedia

by USAHA4
Last updated 4 years ago

Discipline:
Social Studies
Subject:
Religious Studies

Toggle fullscreen Print glog
Pendidikan Agama Islam

Hijrah Rasulullah ke Madinah

Apabila Rasulullah S.A.W menyampaikan dakwah secara terus terang, Musyrikin Quraisy memberi tentangan yang hebat kerana mereka berasa bimbang melihat perkembangan Islam. Mereka takut agama dan adat resam ynag diamalkan selama ini akan hilang dan terhapus. Oleh sebab itu, dengan apa cara sekalipun mereka akan berusaha untuk menghapuskan Rasulullah S.A.W dan Islam.

Hijrah pada bahasa ialah berpindah dari suatu tempat ke satu tempat yang lain, manakala hijrah pada istilah ialah perpindahan Rasulullah S.A.W dan orang-orang Islam dari Mekah ke Madinah. Peristiwa ini berlaku pada 12 Rabbiul Awal selepas 13 tahun Nabi Muhammad menjadi rasul.

Pengertian Hijrah

Pendidikan Agama Islam

Peristiwa selepas Hijrah

Setelah berada di Madinah, Rasulullah S.A.W mengambil beberapa langkah untuk mengukuhkan kedudukan Islam dan umat Islam. Antaranya: I.Mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan Ansar. 2.Membina Masjid Nabawi sebagai tempat beribadat dan perjumpaan umat Islam. 3.Membuat perjanjian dengan penduduk Madinah termasuk orang Yahudi untuk mengiktiraf baginda sebagai pemimpin Madinah.

I.Perintah Allah S.W.T mempertahankan Islam 2.Strategi dakwah Rasulullah S.A.W 3.Penduduk Madinah memberi jaminan keselamatan 4.Ancaman terhadap umat Islam semakin memuncak 5.Dakwah Rasulullah S.A.W ditentang hebat oleh masyarakat Mekah

Iktibar daripada peristiwa Hijrah

Sebab-sebab berlakunya Hijrah

I.Usaha dakwah hendaklah mempunyai strategi yang mantap.2.Umat Islam perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan. 3.Umat Islam wajib berkorban untuk meninggikan martabat Islam. 4.Kesatuan akidah menjadi asas perpaduan umat Islam.

Masjid Nabawi Madinah

Peristiwa sebelum Hijrah


Comments

    There are no comments for this Glog.