Masalah dalam penggunaan internet

In Glogpedia

by fuadseman
Last updated 6 years ago

Discipline:
Resources & Tools
Subject:
Citizenship

Toggle fullscreen Print glog
Masalah dalam penggunaan internet

Masalah Penggunaan Internet

Kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996) mendapati masalah utama penggunaan internet daam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses internet seupaya proses pengajarandan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian juga menunjukkan guru memerlukankemudahan mengakses internet di dalam kelas. Untuk mencapai tahap penggunaan yangoptima, beberapa komputer diperlukan untuk kegunaan di dalam bilik darjah. MengikutMcKenzie (1996) yang menyatakan guru memerlukan 6 sehingga 8 unit komputer di sekolahrendah dan 10 sehingga 15 unit komputer di sekolah menengah untuk membolehkan program berasaskan teknologi dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Namun demikian,kemudahan ini sukar diperolehi kerana kebanyakan sekolah hanya menawarkan akses internetuntuk satu atau sua komputer yang terletak di perpustakaan atau makmal komputer sahaja.Penyusunan demikian akan menyebabkan tahap penggunaan internet masih rendah dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet menjadi sukar kerana tidak terdapat komputer dalam kelas. Ini adalah disebabkan kekangan peruntukan kewangan untuk membeli komputer dan membuat penyelenggaraan komputer.

Seseorang guru yang mempunyai komputer mempunyai kaitan dengan tahap penggunaaninternet. Menurut Zoraini (2000) dalam proses mengimplementasikan program berasaskankomputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad. Sunal(1996) mendapati pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada internet oleh pelajar. Namun demikian perkara ini tidak akan berlaku sekiranya pengetahuan dan pengalaman seseorang guru adalah terhad terhadap penggunaan internet.

Keistimewaan internet ialah tiada seorangpun yang memilikinya dan mengawalnya. Semuaorang mempunyai hak untuk menyampaikan dan menyiarkan sebarang makluat di internet.Ini menyebabkan terdapat banyak maklumat yang tidak tepat di internet. Maklumat ini bolehmendatangkan bahawa sekiranya para remaja terutamanya golongan pelajar tidak dapatmembezakan maklumat yang betul dan maklumat yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet (Nancy, 1997). Oleh yang demikian, guru perlu berupaya untuk menilai maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media dan pelbagaisumber serta membezakan ketepatannya supaya dapat membimbing pelajar mendapatkanmaklumat yang tepat dan betul.

Membekalkan dan menyelenggara peralatan komputer di sekolah memerlukan kos yangtinggi. Namun kekurangan kakitangan sokongan yang boleh melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan komputer menyebabkan banyak komputer yang mengalami kerosakandibiarkan begitu sahaja tanpa dibaik pulih. Selain dari itu, kerja-kerja membaikpulihkomputer ini dibebankan kepada guru yang mepunyai kemahiran tentang komputer. Bagimengatasi masalah ini, setiap sekolah perlu diwujudkan unit sokongan teknikal bagikomputer yang khusus bukan sahaja dalam pemasangan komputer malah dalam kerja baikpulih dan penyelenggaraan komputer.

i.Kepakaran guru yang terhad

Kekurangan peralatan

ii.Kekurangan khidmat sokongan

Masalah maklumat yang tidak tepat

NAME: AHMAD FUAD BIN SEMANNOMATRIX: A14PP3003


Comments

    There are no comments for this Glog.