KURIKULUM

In Glogpedia

by umiey
Last updated 3 years ago

Discipline:
Resources & Tools
Subject:
Lesson Planning
Grade:
9,10,11,12

Toggle fullscreen Print glog
KURIKULUM

definisiKURIKULUM

Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.

Ornstein dan Hankins, (1993)

kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing.

Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004)

Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu.

KURIKULUM dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu: 1. kurikulum yang berasaskan standard.2. kurikulum berbentuk modular. Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).

Mohd Daud, (1995)

Mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan dalam menyediakan kesempurnaan pembelajaran bagi mencapai tujuan secara menyeluruh dan objektif yang spesifik.

Saylor & Alexander

Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidkan

Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007)

Photo Gallery

1. Sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan.2. Menyampaikan maklumat mengikut peringkat tertentu.3. bermatlamat untuk menguatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di Malaysia.4. melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir.5. membentuk masyrakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

matlamat & objektif


Comments

    There are no comments for this Glog.