Next-Gen

KSSR Pendidikan Moral

In Glogpedia

by umiey
Last updated 3 years ago

Make a copy Make a copy function allows users to modify and save other users' Glogs.

Discipline:
Resources & Tools
Subject:
Citizenship
Grade:
6,7,8,9

Toggle fullscreen Print glog
KSSR Pendidikan Moral

Penaakulan Moral:Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi mengenal pasti perlakuan baik dan jahat, salah dan benar. Keupayaan mental dapat merungkai dan menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan objektif

KSSR Pendidikan Moral ...

Nilai murni universal Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah adalah seperti berikut:Kepercayaan kepada Tuhan, Baik Hati, Bertanggungjawab, Berterima kasih, Hemah tinggi, Hormat, Kasih Sayang, Keadilan, Keberanian, Kejujuran, Kerajinan, Kerjasama, Kesederhanaan, Toleransi.

KSSR Pendidikan Moral berfokus kepada 3 domain iaitu

Fokus mata pelajaran

Perasaan Moral:Kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul.

Perlakuan Moral:Tindakan berdasarkan penaakulan moral dan perasaan moral yang dilakukan secara rela hati dengan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti.

- Organisasi Kandungan -pengubalan tema mengambil kira struktur hubunganmurid dengan persekitarannya, seperti kerohanian, budaya, sosio emosi, alam sekeliling dan sebagainya. Tema-tema tersebut adalah: TAHUN: 1 - Diri saya 2 - Saya dan Keluarga 3 - Saya dan Sekolah 4 - Saya dan Jiran 5 - Saya dan Masyarakat 6 - Saya dan Negara

PEMUPUKAN KEMAHIRAN menerusi pendidikan moralKurikulum Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran tertentu seperti: kemahiran penyelesaian konflik, kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran pemikiran kreatif, kemahiran menentang rakan sebaya, kemahiran kajian masa depan, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran kreativiti dan kemahiran sosial.

membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah kesejahteraan negara serta masyarakat global.

Matlamat

membolehkan murid mencapai : i. memahami dan menghayati nilai-nilai universal; ii. menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia; iii. melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri dengan keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara; dan, iv. mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

Objektif

KSSR digubal berdasarkan standard kandungan & standard pembelajaran


Comments

    There are no comments for this Glog.