Kemorosatan Melaka

In Glogpedia

by jaya28
Last updated 5 years ago

Discipline:
Social Studies
Subject:
World History

Toggle fullscreen Print glog
Kemorosatan Melaka

faktor-faktornya...

Kedatangan Portugis ke Timur dikaitkan dengan penemuan jalan laut, penyebaran agama Krisitan, dan kegiatan perdagangan. Orang Portugis merupakan bangsa Eropah yang terawal berlayar pada abad ke-15.Kegigihan orang Portugis dapat dilihat apabila Bartholomew Diaz berjaya sampai di Tanjung Harapan pada tahun 1488. Berdasarkan slogan 'Gospel,Glory and Gold', Putera Henry telah menggalak serta mendorong pelayar dan orang Portugis supaya menjelajah ke Timur. Galakan ini menyebabkan rakyatnya berani menjelajah ke Timur. Vasco da Gama sampai di India pada tahun 1948. Kemudiannya, Lopez de Sequeiractiba di Melaka.Kedatangan orang Portugis ke Timur dikaitkan dengan keinginan mereka meneruskan Perang Salib. Mereka ingin menghancurkan kerajaan Islam yang ada di Timur termasuk kerajaan Melaka yang merupakan pusat perkembangan dan penyebaran agama Islam. Pada masa yang sama, Portugis mahu menyebarkan agama Kristian.

1.Kelemahan Kepimpinan2.Masalah Perpaduan3.Kelamahan Askar Melaka4.Kedatangan Portugis

Faktor Kemorosatan dan Kejatuhan Melaka

kemorosotanmelaka

KedatanganPortugis

Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia, tempatnya telah diganti oleh Bendahari Tun Muahir. Semasa menjalankan tugasnya, Tun Mutahir bersikap pilih kasih. Oleh yang demikian, timbul perasaan iri hati di kalangan pembesar lain terhadap Bendahara Tun Mutahir. Beliau telah difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan Melaka. Sulan Mahmud Shah amat murka dan tanpa usul periksa, baginda telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya.

Kelemahan Kepimpinan

Semasa menghadapi serangan Portugis, askar Melaka menggunakan keris, panah, sumpit beracun, perisai, tombak dan senjata tradisional yang lain. Walaupun mereka mempunyai senjata seperti senapang dan meriam, tetapi senjata yang digunakan oleh angkatan perang Portugis adalah lebih baik. Contohnya, meriam yang digunakan oleh pihak Portugis boleh menembak dari jarak yang lebih jauh. Angkatan perang Melaka juga tidak mempunyai struktur yang lengkap seperti angkatan perang Portugis. Sebagai contoh, angkatan perang Portugis dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque yang telah dilantik oleh raja Portugal untuk mengetuai serangan ke atas Melaka. Selain itu, Portugis lebih terlatih daripada askar Melaka serta mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India. Askar-askar upahan Melaka dari Jawa pula telah melarikan diri semasa Portugis menyerang Melaka. Akibatnya, askar Portugis dapat menawan Melaka.

Usaha mempertahankan kedaulatan bangsa yang ditunjukkan oleh Sultan Mahmud Shah, Sultan Ahmad Shah serta rakyat Melaka merupakan perjuangan yang wajar disanjung. Rakyat yang sanggup mempertahankan bangsa dan negaranya ialah rakyat yang sejati.Di samping itu, kita mesti mengambil iktibar tentang kejatuhan Melaka di tangan Portugis supaya peristiwa pahit ini tidak akan berulang lagi. Dalam bab berikut, kamu akan mengetahui usaha kerajaan Johor merampas semula Melaka daripada Portugis.

Video

Kesimpulan


Comments

    There are no comments for this Glog.