KEMEROSOTAN MELAKA

In Glogpedia

by dinamik1
Last updated 6 years ago

Discipline:
Social Studies
Subject:
History

Toggle fullscreen Print glog
KEMEROSOTAN MELAKA

Kemerosotan Melaka

Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal pada abad ke-15. Pelabuhan Melaka telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari Barat dan Timur. Perkembangan Melaka disebabkan oleh kedudukanbya yang strategik serta pentadbiran yang cekap.

Kelemahan Askar MelakaTentera Portugis telah menyerang Melaka pada tahun 1511.Kekalahan Melaka di tangan Portugis disebabkan askar Melaka menggunakan alat perang tradisional dan tidak mempunyai struktur yang lengkap.Selain itu, kebanyakan askar Melaka terdiri daripada askar upahan jawa dan askar upahan tersebut telah melarikan diri ketika tentera Portugis menyerang Melaka.Kemenangan Portugis ke atas Melaka pula adalah kerana angkatan Portugis yang terlatih dan mereka menggunakan senjata moden.Pangkalan tentera diketuai oleh Alfonso de Albuquerque dan mendapat sokongan.

Serangan PortugisTentera Portugis telah membakar kapal saudagar Islam dan beberapa rumah di pinggir pantai.Pada 25 Julai 1511,Portugis menyerang dan menguasai jambatan yang menghubungkan dua bahagian bandar Melaka.Pihak Portugis mendapat maklumat perthanan Melaka daripada Si Kitol.Pejuang Melaka menyerang balas dan berjaya menawan semula jambatan tersebut. Mereka berjaya mengusir tentera Portugis.Pada 10 Ogos 1511,tentera Portugis teah melancarkan serangan kedua ke atas Melaka.Tentera Portugis berjaya menguasai Melaka selepas serangan selama hampir dua minggu.

Ketibaan Alfonso de Albuquerque di MelakaAlbuquerque tiba di Melaka pada bulan Julai 1511 bersama-sama 18 buah kapal perang dan 1400 askar.Beliau menghantar 3 tuntutan kepada pemerintah Melaka:1)Membebaskan tawanan Portugis2)Membenarkan Portugis membina kubu di Melaka3)Membayar ganti rugiSultan Mahmud menolak semua tuntutan Portugis.Hal ini menyebabkan Albuquerque memutus untuk menyerang Melaka.

Kelemahan MelakaPentadbiran Melaka menjadi lemah selepas kematian Bendahara Tun Perak pada tahun 1498.Tun Putih menggantikan Tun Perak. Sultan Mahmud Shah melantik Tun Mutahir sebagai Bendahara.Tun Mutahir mempunyai banyak pengikut.Tun Mutahir berketurunan India-Muslim.Beliau bersikap pilih kasih.Sultan murka kerana tidak mengahwinkan anaknya,Tun Fatimah kepada baginda.Tun Mutahir dibunuh dan Tun Fatimah berkahwin dengan Sultan Mahmud. Sultan Mahmud tidak cekap dan tidak mengutamakan pentadbiran negeri.Setelah sedar akan silapnya membunuh Tun Mutahir,beliau menyerahkan pentadbiran Melaka kepada puteranya,Sultan Ahmad Shah.Sultan Ahmad Shah gagal menjalankan pentadbiran Melaka dengan baik kerana tidak berpengalaman.Pengganti Tun Mutahir ialah Tun Perpatih Putih.Ketiadaan pemimpin berwibawa menyebabkan pentadbiran Melaka semakin lemah.

Alat Perang Askar Melaka

Senjata Moden Tentera Portugis

Masalah PerpaduanMasalah perpaduan wujud apabila Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara Melaka.Persaingan pengaruh telah berlaku antara orang Melayu dan orang India-Muslim.Punca persaingan tersebut adalah disebabkan Bendahara Tun Mutahir yang bersifat pilih kasih dalam pentadbirannya.Raja Mendeliar menfitnah Tun Mutahir bahawa beliau ingin mengatasi kekayaan sultan.Sultan Mahmud Shah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Bendahara dan keluarganya tanpa usul periksa.

Kedatangan Portugis1.Kedatangan orang Portugis ke Timur dikaitkan dengan Gold,Gospel dan Glory.2.Orang Portugis merupakan bangsa Eropah yang pertama sampai ke timur.3.Sebab-sebab kedatangan Portugis adalah kerana kekayaan,keagamaan,kemegahan & galakan raja Portugal.

Vasco Da Gama, ahli pelayaran Potugis pada kurun ke-15

Pengembaraan Orang Portugis

Ketibaan Portugis di Melaka Kedatangan Portugis pada awalnya disambut baik oleh Sultan Mahmud. Baginda membenarkan orang Portugis berniaga.Keadaan berubah apabila saudagar Islam dari Jawa dan Gujerat menasihatkan Bendahara Tun Mutahir supaya berhati-hati dengan Portugis. Saudagar Islam bercerita tentang penaklukan Goa.Akhirnya, Sultan Mahmud memerintahkansemua orang Portugis ditangkap dan ditahan.Apabila diketahui oleh kerajaan Portugal,Alfonso de Albuquerque,wizurai Portugis menyiapkan angkatan perang untuk menyerang Melaka.


Comments

    There are no comments for this Glog.