Kelantan

In Glogpedia

by jaya11
Last updated 6 years ago

Discipline:
Social Studies
Subject:
History

Toggle fullscreen Print glog
Kelantan

...

Bagi mengelakkan serangan luar dan menjaga kemerdekaan Kelantan,baginda telah menjalin hubungan diplomatik dengan Siam .Pada tahun 1818,Kelantan menghantar bunga emas kepada Siam .Pihak Siam pula membalas dengan memberi hadiah yang berharga .Penghantaran bunga emas dibuat setiap tiga tahun sekali .Hasil hubungan diplomatik ini,Terengganu tidak lagi menunjukkan permusuhan terhadap Kelantan.

Your text here

Sejarawan China, Shen-Yau dari Dinasti Tang (618-907 Masihi),mencatatkan nama Kelantan sebagai Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan.Gerini,pengarang Researches on Ptolemy's Geography of Eastern Asia,menyatakan nama Kelantan adalah gabungan antara perkataan 'kolam' yang bermaksud tanah dengan'autam' yang bermaksud sempadan.Gabungan itu kemudiannya menjadi 'Kolantam' yang akhirnya menjadi 'Kelantan'.

Your text here

Kerajaan Negeri-negeri Melayu

Your text here

Kerajaan Negeri-negeri MelayuKELANTAN

Kelantan asalnya diperintah oleh beberapa orang raja di daerah yang berasingan .Apabia Long Yunus menjadi Raja Kelantan,masyarakat Kelantan telah bersatu.Pada tahun 1777,Raja Long Yunus telah memindahkan ibu kotanya dari Kota Kubang Labu ke Kota Bharu.Pada akhir pemerintahannya,Long Yunus telah menghadapi pertikaian dengan Sultan Terengganu.Pada tahun 1794,Terengganu cuba menyerang Kelantan .Selepas Long Yunus mangkat,Kelantan telah diserang oleh Terengganu pada tahun 1795 dan tahun 1800.Dalam serangan ini,Terengganu dibantu oleh Patani .Kelantan tewas dalam kedua-dua serangan tersebut.Pada tahun 1801,Long Muhammad,putera Raja Long Yunus melancarkan serangan balas dari Ulu Kelantan dan berjaya membebaskan semula negeri Kelantan daripada tawanan Terengganu.Selepas peperangan itu tamat,barulah Long Muhammad mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Muhammad 1.

Menurut catatan Rentse ,Kelantan terletak di laluan perdagangan antara Timur dan Barat .Kuala Sungai Kelantan menjadi tempat persinggahan yang terkenal di kalangan peniaga sebelum ke Teluk Siam ,Kemboja dan China.Negeri Kelantan juga mengeluarkan wang emas yang dinamakan dinar dan wang pitis.Negeri Kelantan juga dikenali dengan panggilan 'Negeri Cik Siti Wan Kembang'.

Kita sewajarnya mengambil iktibar bahawa perpecahan sesama sendiri akan memudahkan campur tangan kuasa luar.Perpaduan merupakan benteng yang palig baik untuk mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa asing.


Comments

    There are no comments for this Glog.