KEJATUHAN TAHAN MELAKA

In Glogpedia

by maju7
Last updated 6 years ago

Discipline:
Social Studies
Subject:
History

Toggle fullscreen Print glog
KEJATUHAN TAHAN MELAKA

KEDATANGANPORTUGIS!

Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia , tempatnya telah diganti olah Bendahara Tun Mutahir yang bersifat pilih kasih . Pembesar yang lain berasa iri hati dan mereka memfitnah Bendahara Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan Sultan Melaka . Sultan Mahmud Shah tanpa usul periksa , amat murka dan menjatuhi hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan keluarganya .Apabila Sultan Mahmud Shah menyedari kesilapannya , baginda menyerahkan pemerintahan negeri kepada puteranya , Raja Ahmad ( Sultan Ahmad Shah ) untuk menggantikannya . Sultan Ahmad Shah merupakan seorang pemerintah yang tidak cekap dan lemah . Bendahara Tun Perpatih Putih yang menggantikan Tun Mutahir pula seorang yang uzur dan tepok. Pentadbiran Melaka semakin lemah . Amalan rasuah dan fitnah-memfitnah berlaku secara berleluasa .Sistem cukai yang sedia ada pula tidak diamalkan . Kadar cukai yang tinggi menyebabkan pedagang memilih pelabuhan lain ( Acheh , Bantam , Patani dan Brunei ) - cukainya lebih rendah.

Konflik perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir . Peristiwa Raja Mendeliar yang memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan sultan ini menyebabkan Sultan Mahmud Shah membunuh Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa . Kesannya rakyat berpecah belah dan tidak bersatu padu.

MASALAH PERPADUAN

KEJATUHANTANAHMELAKA

KELEMAHANPEMIMPIN

Kedatangan Portugis didorong oleh slogan Gospel , Gold and Glory . Ia berkaitan dengan kegiatan penyebaran ajaran Kristian , perdagangan rempah dan kegemilangan penemuan jalan laut ke Timur . Portugis merupakan bangsa Eropah terawal yang menemui jalan laut ke Timur dan yang terawal belayar pada abad ke-15.Mereka tewas dalam Perang Salib berdendam untuk menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan Islam . Selain itu , Porugis juga ingin menguasai perdagangan rempah di Timur kerana rempah sangat berguna di Eropah. Permintaan tinggi ini yang dimonopoli oleh pedagang Arab dicemburui Portugis. Lopez de Sequeira berbaik-baik dengan Melaka atas arahan Raja Portugal . Awalnya kedatangan ini disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah . Portugis dibenarkan berniaga dengan jaminan keselamatan . Muslihat Portugis diketahui oleh pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat . Mereka mengkhabarkan kepada Sultan Mahmud Shah melalui Tun Mutahir . Kesemua orang Portugis ditangkap termasuk pegawai kanan rombongan. Lopez de Sequeira berjaya lari ke Goa , India .

KEDATANGAN PORTUGIS

PERPERANGAN!


Comments

    There are no comments for this Glog.