HIJRAH RASULULLAH SAW KE MADINAH

In Glogpedia

by dinamik1
Last updated 4 years ago

Discipline:
Social Studies
Subject:
Religious Studies

Toggle fullscreen Print glog
HIJRAH RASULULLAH SAW KE MADINAH

Hijrah Rasulullah SAW Ke Madinah

Konsep & Pengertian HijrahHijrah menurut bahasa ialah berpindah dari suatu tempat ke satu tempat.Dari sudut istilah,hijrah ialah perpindahan Rasulullah dan orang-orang Islam dari Makkah ke Madinah.Hijrah juga bermaksud perubahan daripada keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik.

Faktor Berlakunya Hijrah1)Perintah Allah SWT demi mempertahankan Islam2)Strategi dakwah Rasulullah SAW3)Dakwah Rasulullah SAW ditentang hebat oleh kafir Quraisy4)Ancaman terhadap orang Islam5)Nyawa Rasulullah SAW terancam6)Penduduk Madinah memberi jaminan keselamatan

Kesan Hijrah Rasulullah SAW

Tahun Hijrah Bermula

Kedudukan Islam semakin kuat dan bilangan penganutnya semakin bertambah

Orang-orang Yahudi tunduk pada kepemimpinan Rasulullah SAW dan Islam

Sebagai tapak kepada permulaan penyebaran Islam ke seluruh dunia

Dapat mengukuhkan perpaduan umat Islam di bawah panji-panji akidah Islamiah

Terbentuk sebuah negara Islam yang pertama di Madinah dengan terlaksananya syiar Islam dalam pemerintahan negara

Nama Yathrib ditukar kepada "Madinah al-MUnawwarah" yang bererti "Bandar yang Bercahaya"

Peristiwa Sebelum Hijrah1)Musyrikin Makkah melakukan segala cara untuk menyekat dakwah Rasulullah SAW.2)Pada tahun 620 Masihi,beberapa orang Madinah telah datang bertemu Rasulullah SAW secara sulit dan telah merintis jalan ke arah termeterainya Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua.3)Perjanjian Aqabah Pertama dibuat pada tahaun 621 Masihi di antara Rasulullah SAW dengan 12 orang lelaki dan seorang perempuan di Aqabah4)Perjanjian Aqabah Kedua diadakan pada 622 Masihi di antara Rasulullah SAW dengan 37 orang lelaki dan 2 orang perempuan penduduk Madinah.

Isi Kandungan Perjanjian Aqabah Pertama1)Tidak mensyirikkan Allah SWT2)Tidak mencuri3)Tidak berzina4)Tidak membuat fitnah5)Tidak menderhaka kepada Rasulullah SAW6)Tidak membunuh anak

Isi Kandungan Perjanjian Aqabah Kedua1)Menjadikan Rasulullah SAW sebagai pemimpin mereka2)Berjanji untuk menjaga keselamatan Rasulullah SAW3)Berjanji untuk berjuang dalam mempertahankan Islam4)Sanggup bekerjasama dan membantu Rasulullah SAW

Peristiwa Hijrah

Gua Thur, tempat nabi bersembunyi ketika peristiwa hijrah

Masjid Quba, dibina oleh nabi sewaktu peristiwa hijrah

Pengajaran Daripada Peristiwa Hijraha)Umat Islam perlu berhijrah untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang.b)Umat islam hendaklah sentiasa berkorban pada jalan Allah SWT demi menegakkan kebenaranc)Umat Islam haruslah menghayati peristiwa hijrah dengan betul dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa tersebut untuk kecemerlangan dirid)Kesatuan akidah menjadi asas perpaduan umat Islame)usaha dakwah mestilah mempunyai strategi yang mantap


Comments

    There are no comments for this Glog.