Hijrah Rasulullah Ke Madinah

In Glogpedia

by dinamik2
Last updated 4 years ago

Discipline:
Social Studies
Subject:
Religious Studies

Toggle fullscreen Print glog
Hijrah Rasulullah Ke Madinah

Pada hari Jumaat, 12 Rabi`ul Awwal Baginda bertolak ke Madinah dengan rombongannya. Apabila masuk waktu solat Jumaat, Baginda singgah untuk bersolat Jumaat di sebuah kawasan lembah di perkampungan Bani Salim bin Auf.Selepas selesai solat Jumaat, Nabi terus bergerak ke negeri Yathrib dan disambut dengan sangat meriah oleh penduduk di situ. Rumah Abu Ayyub al-Ansari telah terpilih menjadi tempat menetap Nabi apabila unta Baginda berhenti di kampung Bani al-Najjar iaitu kampung keluarga pihak bapa-bapa saudara sebelah ibu Baginda, di mana rumah Abu Ayyub merupakan rumah yang paling hampir tempat unta tersebut berhenti. Tapak unta itu berhenti dijadikan tapak Masjid Nabawi.

Pendidikan Agama Islam

HIJRAH RASULULLAH KE MADINAH

Pada 26 Safar tahun ke-14 kenabian, setelah mendapat wahyu dari ALLAH , Nabi Muhammad bergegas untuk berjumpa Abu Bakar bagi menerangkan rancangan hijrah Baginda.Dalam masa yang sama, penjenayah-penjenayah besar Quraisy mula melakukan persiapan untuk melaksanakan apa yang telah mereka bincangkan di Darul Nadwah pagi tersebut, iaitu perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad . 11 orang penjenayah telah terpilih untuk melaksanakan misi jahat tersebut.

Walaupun Yathrib terletak di Utara Makkah, namun Nabi tidak memilih jalan biasa iaitu utara Makkah untuk ke sana. Baginda menyedari risiko yang tinggi buat mereka di laluan tersebut yang pasti sedang menunggu.Sebaliknya, Baginda menuju selatan Makkah sebagai jalan keluar Nabi dari Makkah.Setelah 5 batu berjalan, Nabi sampai di Bukit Thur. Abu bakar masuk ke dalam Gua Thur dan ternampak lobang lalu menutupnya dengan kain dan kaki beliau.Nabi Muhammad tidur di paha Abu Bakar.Abu Bakar mendapati ada haiwan berbisa menyengatnya beliau menahan kesakitan dan air matanya jatuh ke atas muka Nabi.Baginda dapat mengetahui Abu Bakar disengat haiwan lalu Baginda Meludah ke tempat sengatan dan hilanglah rasa sakit tersebut.

Pada hari Isnin, 8 Rabi`ul Awwal tahun ke 14 kenabian, Nabi Muhammad dan rombongannya sampai di Quba’.Di Quba’, Rasulullah singgah di rumah Kalthum bin al-Hadam. Baginda menetap selama 4 hari di Quba’. Di situ Baginda mengasaskan masjid dan bersolat di dalamnya. Itulah masjid pertama yang diasaskan atas dasar taqwa selepas Baginda menjadi Nabi, iaitu Masjid Quba’.

Apabila malam menjelma, iaitu malam 27 Safar tahun ke-4 kenabian,11 orang penjenayah tersebut telah berkumpul di depan rumah Nabi. Nabi Muhammad menyuruh Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat tidurnya dengan menggunakan selimut yang biasa Nabi gunakan .Nabi kemudian keluar mengambil pasir dan menaburkannya ke atas penjenayah-penjenayah itu sambil membaca ayat ke-9 dari surah Yasin.Nabi terus ke rumah Abu Bakar sebagaimana yang telah dirancang tengahari tadi. Mereka berdua bertolak dari rumah Abu Bakar dari pintu belakang dan terus meninggalkan Makkah sebelum waktu fajar. Para penjenayah itu tidak nampak kelibat Nabi Muhammad yang keluar dari rumahnya.

Selepas 3 hari di gua Thur Abdullah bin Urayqit al-Laythi seorang penunjuk jalan yang mahir yang bukan beragama Islam, telah menemui Nabi di Gua Thur dengan membawa kenderaan, sebagaimana dijanji sebelum itu. Mereka menggunakan jalan yang jarang digunakan orang. Allah telah memelihara sepanjang perjalanan Nabi Muhammah serta rombongannya.

Istilah hijrah biasanya merujuk kepada perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Nabi sendiri berhijrah dengan Abu Bakar as-Siddiq. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.


Comments

    There are no comments for this Glog.