Bentuk Muka Bumi
by
BESTARI21
Last updated 7 years ago
Discipline:
Social Studies Subject:
Geography


Pulau Jawa terkenal dengan tanaman padi.Padi bukan sahaja ditanam di kawasan dataran,malahan tanaman ini juga diusahakan di cerun-cerun gunung berapi yang diteres.Disebabkan faktor penduduk yang ramai serta padat menyebabkan kegiatan pertanian giat dijalankan.Tanih lava bes gunung berapi yang subur membolehkan padi di tanam di lereng-lereng gunung.Pananaman berteres di lereng-lereng gunung dapat membantu mengurangkan hakisan tanih.Tetapi,cerun bukit di Malaysia diteres untuk penanaman pelbagai jenis tanaman.Di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Kundasang,cerun bukit ditanam dengan teh dan pelbagai jenis tanaman berhawa sederhana dan bunga-bungaan.Udara yang nyaman dengan min suhu kira-kira 18 darjah selsius dan hujan turun melebihi 2000mm setahun sesuai untuk pertanian tanaman hawa sederhana.Tanaman tutup bumi di cerun bukit dapat membantu mengurangkan hakisan tanih dan mengekalkan kesuburan tanih.
Penanaman Padi
PULAU JAWA
Bentuk Muka Bumi
Pulau Jawa
AktivitiPenanaman Padi
There are no comments for this Glog.