Next-Gen

TENAGA

In Glogpedia

by dinamik8
Last updated 2 years ago

Discipline:
Partners
Subject:
Energy

Test Glog

BAB 6

TENAGA

Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan disebabkan oleh kedudukan atau keadaan sesuatu objek.Terdapat dua jenis tenaga keupayaan, iaitu tenaga keupayaan graviti dan tenaga keupayaan kenyal

Tenaga keupayaan graviti ialah tenaga yang dipunyai suatu objek disebabkan oleh kedudukannya.Semakin tinggi kedudukan sesuatu objek,semakin besar tenaga keupayaan gravitinya.Seorang atlet lompat tinggi mempunyai tenaga keupayaan graviti apabila dia melompat melepasi palang

SAINS

Tenaga keupayaan kenyal ialah tenaga yang tersimpan apabila sesuatu objek diregang di mampat atau dibengkokkan.Sewaktu spring termampat ,spring itu mempunyai tenaga keupayaan kenyal

Semua objek yang bergerak mempunyai tenaga kinetik.Semakin laju objek itu bergerak,semakin besar tenaga kinatik objek itu.objek yang pegun tidak mempunyai tenaga kinetik

Tenaga kimia merupakan tenaga yang tersimpan di dalam bahan yang boleh terbakar atau boleh berubah secara kimia.Makanan, bahan api,dan bahan kimia mengandungi tenaga kimia.Tenaga kimia ini boleh bertukar kepada bentuk tenaga lain .

Tenaga nuklear ialah tenaga yang tersimpan di dalam nukleus suatu atom radioaktif iaitu melalui pembelahan atau pelakuran nuklear.Tenaga nuklear yang terkawal daripada reaktor nuklear digunakan untuk menjana tenaga elektrik.Tindak balas nuklear yang tidak terkawal boleh menyebabkan malapetaka yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan manusia.

Tenaga haba juga dikenali sebagai tenaga terma.Tenaga haba diperoleh daripada pembakaran bahan api fosil,geseran,serta bahan atau objek yang panas.Tenaga haba boleh digunakan untuk melakukan aktiviti harian seperti memasak,mengeringkan pakaian dan menggosok pakaian.

Tenaga cahaya ialah tenaga yang dikeluarkan oleh objek yang terbakar atau bercahaya.contohnya,Matahari,lilin, dan mentol yang menyala.Tenaga ini membolehkan kita melihat objek di sekeliling kita.

Tenaga bunyi ialah tenaga yang dapat didengar.Bunyi membolehkan kita berkomunikasi dan mendengar muzik.Tenaga bunyi dihasilkan daripada objek yang bergetar.Contohnya,tenaga bunyi terhasil apabila biola digesek.

Tenaga elektrik diperoleh daripada cas elektrik yang mengalir melalui wayar atau bahan konduktor.Tenaga elektrik boleh berubah kepada bentuk tenaga yang lain.Kebiasaannya,tenaga elektrik didapati daripada generator,sel kering(bateri), dan dinamo.


Comments

    There are no comments for this Glog.